Wednesday, July 29, 2009

kenape saye letih buat keje?


Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa? Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku : Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang. 1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang. 1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang. Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja... . Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan takder kerja surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja... . Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit... . dahhhh..!!! pi buat kerja!!! P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Raya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh saya buat jugak.
sabar jelah +_+

Monday, July 27, 2009

life is an open secret u,me and we~~

can u get me 0ne copy?
i have to be stronger~~

St0ry of the day..
2 days walking 800meter for 10 minutes? alhamdulillah~ ajaibnyer kuase allah nih... kaki ku xtercabut lgk..rase2nyer balik uTP leh jdk atlit nih... pagi tdk, aku sampai kat stesen bts kol 7.40a.m, gara2 traffic light merah yg lame sampai jamm kwsan tuh..isk3..then, nak beli tiket..mak aii panjang nyer kn berator..-_-..aaaaa..tetibe dgr tren dah sampai..pe lgk..pecut la nek tangga..alhamdulillah..elok2 jeh aku masuk tren tuh,pintu tutup..tercunggap2 jgkla..mcm baru lepas lari 100 meter.. alhamdulillah lg tren tuh xbuat hal..laju jeh bergerak..tup2 sampai kat stesen hang tuah...aku p0n pecut la jalan..ke tmpt keje aku.. kalo nek monorail..erk! lagik la lmbt..dgn kn berator nek monorail nyer+ tren yg sendat..xsanggup..sampai ofis pg nih 8.11a.m =)..semalam 8.10 a.m.. chantekk!!~~yeayyy!!!~ kat sn ari2 balik nmpk pak arab ngan minah arab.. yg comey tuh minah arab jeh ;P..sejok jeh pndg..pakai purdah..rase ati diorang bersih jeh..taat jeh perintah Allah..aku nih? *thinking~~ then..act la~~ bile nk berubah nih cik may..usia dah lanjut p0n..

Monday, July 13, 2009

11 tips agar tidak bosan di dalam lif ^__^


salam~
l0ng time no write -->broken english betol.. ehehe

Tips dibawah boley di aplikasikan dimane2 tempat yg mempunyai kemudahan lif sahaje!!~
1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya! Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

Wednesday, July 8, 2009

resepi 3:daging masak kicap ;P

salam~~

mari belajar memasak~

Bahan-bahan ( 4-5 Orang )
1/2 Kg Daging -Daging dihiris nipis dan digaul dengan hirisan halia (1 cm) dan serbuk kunyit (1 Sudu Besar)
1 Biji Bawang Besar-Dihiris
2-3 Ulas Bawang Putih-Dihiris

1 Biji Cili Merah-Dibelah 2
2 Biji Cili Hijau-Dibelah 2
3 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Sos Tomato
1 Sudu Besar Sos Cili
Kicap secukup rasa -Dalam Secawan
1 inci Halia-Dihiris
Sedikit Air
Garam dan Gula
1 Keping Asam Keping
2-3 Sudu Besar Minyak untuk menumis
1 Batang Kayu manis
Tambahan:
Goreng Ubi kentang yang dipotong sederhana sehingga setengah masak


Cara-cara
1)Panaskan minyak, masukkan kayu manis dan hirisan halia, terus masukkan hirisan daging yang telah diperap bersama dengan halia dan serbuk kunyit tadi.
2)Daging akan mengelegak dan mengeluarkan air, tunggu sehingga daging menjadi empuk. Jika daging kurang empuk, boleh tambahkan air dan tunggu sehingga daging lembut.
3)Tunggu lagi sehingga daging kering dan naik minyak
4)Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Kacau rata hingga naik bau. 5)Masukkan Sos Tiram, Sos Tomato, Sos Cili dan Kicap. Kacau. Masukkan Gula (1 Sudu Besar) dan Garam (1/2 sudu kecik). Kacau lagi.
5)Masukkan Air. Pastikan Daging Tengelam dalam Air. Biarkan mengelegak.
6)Masukkan Asam keping dan Ubi Kentang yang sudah digoreng tadi...Tunggu sehingga kuah pekat dan hidangkan.



dah siap? senangnyer~ lalalahttp://www.emocutez.com
yeay!! dah b0ley makan ^__^

~selamat mencube~