7 Tip Atasi Kembung Perut Bayi

3:12 PM
7 Tip Atasi Kembung Perut Bayi
Sebelum atasi masalah kembung perut bayi dengan mengenalpasti 3 tanda ini pada bayi anda:

  1. Menangis berterusan sampai 2-4 jam sehari. Bila bayi menangis berlarutan, boleh menyebabkan “colic” dan angin mudah masuk ke dalam badan bayi
  2. Bayi menangis sambil mengangkat kaki rapat ke perut. Jari jemari digenggam erat seakan menahan kesakitan. 
  3. Perut bayi dalam keadaan keras dan berbunyi seperti gendang cina bila diketuk lembut oleh ibu.

Jika terdapat ciri-ciri diatas pada bayi anda, ikuti 7 langkah berikut:
  1. Pastikan bayi menyusu dengan posisi yang betul iaitu mulut melekap pada puting susu.
  2. Pastikan menggunakan saiz puting yg bersesuaian pada botol susu
  3. Sendawakan bayi anda selepas menyusu
  4. Bawa bayi bersiar-siar untuk mengelakkan bayi menangis berlarutan
  5. Sapukan 'Trub' atau minyak angin diperut bayi dengan ikuti urutan ‘i Love You’ yang sempurna
  6. Minta pasangan untuk memujuk bayi dengan bersembang-sembang dengan bayi sambil dodoian manja.
  7. Wahai ibu, tarik nafas panjang! Senyum & pandang anak dengan penuh kasih sayang.    

No comments:

Powered by Blogger.