5 Cara Hilangkan Selsema Dan Batuk Anak Dengan Cepat

3:07 PM
Batuk dan selsema antara penyakit yang sering dihadapi anak-anak berusia 2 tahun kebawah, terutamanya yang duduk di taska. Mungkin disebabkan faktor bilangan anak di taska yang ramai dan juga pergaulan sesama anak-anak di taska memudahkan kuman batuk dan selsema tersebar. Sudah tentu ibu bapa risau apabila anak-anak tidak sihat. Batuk dan selsema ini, jika lambat rawat akan menyebabkan kahak dan lendir bertambah banyak. Biasanya anak-anak akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus yang boleh menjadi punca penyakit seperti 'bronkitis' atau 'brochospasm'.

5 Cara Hilangkan Selsema Dan Batuk Anak Hanya Dengan Bahan-Bahan di Dapur
May pernah cuba rawatan dengan bahan semulajadi dahulu kerana faktor tiada ubat yg sesuai untuk anak-anak di bawah usia 2 tahun. Pembaca boleh mencuba dan diingatkan sekiranya batuk diikuti demam atau selsema dan batuk melebihi 3 hari segeralah berjumpa dengan doktor.

1. Lemon 
Lemon sangat bagus untuk membantu mengurangkan lendir atau mucus yang terhasil dalam badan.  
+May pakaikan anak dengan stokin lemon dan juga mandian lemon. 
+Utk dewasa, boleh tambah sedikit madu, lemon dan hirisan halia yang dibiarkan semalaman. 


2) Bawang Putih. – Garlic Socks
Bawang putih bagus melawan bakteria dan virus. Dalam masa sama meningkatkan imunisasi badan.

+Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan dengan minyak zaitun. Sapu minyak di tapak kaki anak – anak dan pakaikan stokin. 
+Untuk permulaan, sapu sedikit dahulu sebab bawang putih agak panas. 


3)Kunyit Hidup

+Ambil seinci kunyit, tumbuk halus dan campurkan dengan minyak zaitan atau minyak kelapa dara. 
+Sapukan di batang hidung, dada, ubun-ubun, dan tapak kaki anak.


4)Sup Ayam
Anak-anak akan hilang selera makan apabila sakit. Selera anak menurun ketika sakit. Biasanya May akan masakkan sup ayam yang dicampur dengan bawang putih dan sayur sayuran beserta ayam. Sup adalah sumber makanan lengkap utk anak yang mengandungi protein dan vitamin. 

+Lebihkan bawang putih, bawang merah, halia dan habatussauda dalam makanan. 

5) Balm Tasneem - Cf Rub

Kalau tak sempat guna bahan-bahan diatas, boleh cuba sapu CF RUB BALM by Tasneem Naturel. Ada 8 jenis minyak pati pokok di dalam balm yang membantu melegakan selsema dan batuk anak-anak. Lebih mudah digunakan dan selamat utk anak-anak. 


Cf Rub sesuai utk batuk selsema dan demam.


Maklumat lanjut boleh klik  http://mesejmummypandabalm.wasap.my/

May doakan moga anak-anak mak-mak semua sentiasa sihat dan cepat sembuh. Moga sedikit tips ini memberi manfaat. Jom cuba.

No comments:

Powered by Blogger.