Kenapa Ibu Mengandung Perlu Ambil Asid Folik


Asid Folik Vitamin Yang Wajib di Ambil Semasa Mengandung

Saat membahagiakan May bila teringat kali pertama May mengandung anak pertama setelah tiga bulan menanti. May dibekalkan beberapa ubat oleh jururawat sebaik sahaja kali pertama buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan. Antara ubat yang banyak kali dipesan oleh misi utk dimakan setiap hari ialah vitamin Asid Folik. Vitamin yang sangat penting utk ibu mengandung.

Apa itu Asid Folik?

Asid Folik juga dikenali sebagai vitamin B9. Ia bertujuan membantu menghasilkan sel darah merah yg sihat bagi mendapatkan tumbesaran dan perkembangan yang normal. 

Kepentingan Asid Folik

Asid Folik memberi nutrien penting untuk membina dan membaiki DNA yang sangat penting utk tumbesaran dan perkembangan bayi terutama saraf tunjang bayi. Kekurangan asid folik boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi atau lebih spesifik risiko kecacatan tiub saraf (NTD) pada bayi.

Apakah Kecacatan Tiub Saraf

Kecacatan tiub sarah adalah kecacatan semasa lahir yang melibatkan otak dan saraf tunjang. Ia bermula sebagai satu lapisan kecil yang nipis dan bertukar menjadi sebuat tiub. Bayi yang lahir dengan kecacatan tiub lazimnya mengalami masalah kesihatan yang serius dan ada kalanya boleh membawa kematian.

Bila Perlu Makan Asid Folik

Pakar menyarankan supaya ibu-ibu mengambil asid folik sekurang-kurangnya setiap hari sebulan sebelum mengandung dan semasa tempoh mengandung. Sekiranya kandungan yang tidak dirancang, ambil segera asid folik dan boleh didapati di mana-mana farmasi sebelum ke Klinik Kesihatan. 

Syor Dos Yang Digalakkan

National Institute of Health (NIH) dan Institute of Medicine (IOM) mengesyorkan pengambilan dos sebanyak 600mcg acid folic setiap hari. Biasanya di Klinik Kesihatan, ibu mengandung akan dibekalkan asid folik dengan dos 5 mg yang bersamaan 500mcg. Sudah memadai dengan pengesyoran NIH. Walaubagaimanapun, asid folik yang diambil dalam dos berlebihan akan menyembunyikan tanda awal anemia, iaitu amaran kekurangan vitamin B12 dalam tubuh.

Apa-apa pun perlu mengambil ubat-ubatan mengikut dos yang telah ditetapkan!

May doakan ibu-ibu yang sedang mengandung diluarsana sentiasa kuat dan sihat.





No comments:

Powered by Blogger.